Total Pageviews

Thursday, October 31, 2013

PENGENALAN TAKAFUL

Pengenalan Takaful



Perkataan "Takaful" berasal daripada perkataan Arab "kafala", bermaksud "jamin".
Takaful ialah suatu pakatan atau kerjasama sekumpulan individu untuk saling menolong dan saling menjamin sesama ahli sekiranya berlaku musibah atau kemalangan ke atas mana-mana ahli kumpulan tersebut.
Setiap ahli dalam kumpulan Takaful tersebut akan menyumbangkan sejumlah wang untuk tujuan jaminan dan bantuan tersebut.
Syarikat Pengendali Takaful seperti MAA Takaful akan berperanan sebagai penyedia platform untuk melaksanakan kerjasama tersebut seterusnya sebagai pengurus untuk wang yang dikumpulkan.
Konsep aqad (akad) memainkan peranan penting dalam urusan Takaful, melambangkan niat serta tujuan yang jelas yang dipersetujui bersama antara ahli dan penyedia Takaful.
Seterusnya, mari melihat apakah ciri-ciri penting tentang Takaful.

Ciri-ciri Takaful

  • Kerjasama
    Ahli bekerjasama dan berkongsi sesama sendiri untuk kebaikan bersama.
  • Derma
    Sumbangan ahli diniatkan sebagai derma kepada 'tabung' di mana wang dikumpulkan.
  • Caruman
    Setiap ahli diperlukan membayar caruman atau sumbangan, bertujuan untuk membantu diri sendiri serta ahli-ahli yang memerlukan bantuan.
  • Perkongsian Kerugian
    Kerugian daripada musibah yang menimpa ahli diagihkan dan dikongsi oleh semua ahli yang lain.
  • Tiada Unsur Ketidakpastian
    Unsur ketidakpastian disebut "Gharar". Unsur ketidakpastian dihapuskan sama sekali dalam hal kadar caruman dan bayaran Takaful. Maksudnya, semua jelas dan ditetapkan dari awal.
  • Tiada Unsur Judi
    Unsur judi disebut "Maisir". Unsur judi ini wujud apabila ahli hilang wang caruman apabila musibah tidak berlaku. Keadaan ini tidak berlaku dalam Takaful kerana lebihan atau surplus dipulangkan semula kepada ahli.
  • Tiada Unsur Riba'
    Wang caruman yang dikumpulkan akan dilaburkan oleh pengendali Takaful di dalam aktiviti pelaburan yang bebas dari unsur riba'.
  • Perkongsian Keuntungan
    Disebut "Mudharabah". Nisbah pembahagian keuntungan ditentukan dengan jelas dan dipersetujui oleh ahli dan pengendali Takaful.

No comments:

Post a Comment