MAA Takafulink
Pengiktirafan terhadap produk ini telah dibuat oleh pakar-pakar kewangan Islam dari pelbagai negara. Oleh itu, para pelanggan yang masih tercari-cari produk perlindungan takaful di pasaran supaya tidak perlu bersusah payah lagi kerana MAA Takafulink mampu memberikan perlindungan yang komprehensif kepada keperluan anda, insyaAllah..
Akaun Peserta
Setiap peserta yang menyertai pelan MAA Takafulink akan mempunyai dua jenis akaun:
Akaun Pelaburan Peserta(PIA)
akaun
ini dikenali sebagai akaun simpanan peserta dimana sumbangan
bulanan/suku tahunan/setengah tahunan/tahuan yang dibayar oleh peserta
akan dimasukan kedalam akaun ini selepas ditolak yuran wakalah.Yuran
wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai bayaran fee atau upah
kepada ajen peserta d alam menguruskan perniagaan takaful.PIA adalah
akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan.
Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)
PRIA
adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman
berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain
manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj
risiko bulanan atau tabarru’ ini dikenakan melalui PIA kepada PRIA.
Dana-dana Takafulink
Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi pelaburan dan risiko anda.
Dana MAA Takaful Shariah Growth
- Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi pelaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi.
Dana MAA Takaful Shariah Balanced
- Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan dan pertumbuhan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.
Dana MAA Takaful Shariah Income
- Menyediakan pendapatan stabil menerusi pelaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.
Dana MAA Takaful Shariah Flexi
- Bertujuan menjanakan pulangan positif dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan fleksibiliti peruntukan aset daripada dana tersebut.
- Dikhususkan untuk pelabur yang memilih untuk menerima pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.
Siapakah Yang Layak? Takafulink
disediakan untuk SEMUA yang berusia di antara 30 hari dan 69 tahun;
walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18
tahun.
Bagaimana Dengan Kadar Caruman?
Bagaimana Dengan Kadar Caruman?
Anda boleh memiliki Takafulink pada caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Anda diberi fleksibiliti untuk membuat caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan.
Apakah Pilihan Yang Disediakan?
Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati
perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA)
untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalan dana Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
Selain itu, anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1,000. 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukkan ditolak RM25 adalah disediakan untuk pelaburan dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
Manfaat/Rider Lanjutan Yang Boleh Ditambah
- Special Contributor Benefits
- Critical Illness Super
- Critical Illness Plus
- Juvenil Critical Illness
- Improved Accident Indemnity
- Khusus Protection
- Ziarah Protection
- Waiver of Contribution on Dread Disease
- Wanita Illnesses Protection
- Wanita Maternity Protection
- Golden Wanita Protection
- Hospital & Surgical Benefit
- Hospital Benefit
- Smartmedic Riders
Bagaimana Dengan Penilaian Harga Unit? Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan pelaburan syariah MAA Takaful.
Bagaimana Dengan Penyertaan Perkongsian Lebihan Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)?
Sekiranya
terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun Pelaburan Risiko
Peserta (PRIA), nilai yang sama akan dikongsi oleh Para Perserta dan
Pengendali Takaful mengikut nisbah 50:50
Tax Deductible
tak berapa suka bayar tax tinggi tinggi, tapi terpaksa bayar? Anda diberi pelepasan cukai maksimum RM6,000.00 untuk Takaful Keluarga/Insurans Hayat individu. Ttertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
No comments:
Post a Comment