Total Pageviews

Thursday, November 17, 2011

Memakai Pakaian Bergambar

Ada orang yang memakai pakaian yang bergambar, yakni gambar makhluk bernyawa, ketika solat.Gambar makhluk bernyawa itu seperti gambar manusia, haiwan, burung dan lain-lain.
Sebenarnya dilarang memakai pakaian yang bergambar makhluk bernyawa kerana menggambar makhluk bernyawa diharamkan menurut ijmak ulama.Memang ada hadis yang sahih menerangkan masalah ini.
Dan berdasarkan semua ini, bererti tidak boleh memakai pakaian yang bergambar makhluk yang bernyawa.Larangan itu lebih ditekankan lagi untuk urusan solat.Bererti selain memakai pakaian bergambar itu haram, ju ga akan menggangu orang yang melihat gambar itu.Orang yang melihat menjadi tidak khusyuk.Bahkan sebenarnya malaikat akan menjauhkan dari tempat yang ada gambar makhluk bernyawa.

sumber rujukan dari 101 kesalahan dalam solat

No comments:

Post a Comment