Total Pageviews

Wednesday, November 30, 2011

Jangan,jangan dan jangan.

Jangan, jangan dan jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan -jangan tertidur.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Jangan-jangan terbawa keluar najis,habis kotor seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan-jangan sumbing bibir kita.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus.

Jangan tidur selepas subuh.
Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang.


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan-jangan yang kenyang nafsu semata-mata.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Jangan-jangan kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan kita dipandang tiga suku (tidak siuman)

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan-jangan kita ternampak 'sesuatu'.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa
dansesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan-jangan tidak sedar diri bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan-jangan sakit jiwa.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan-jangan fatamorgana sahaja.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan-jangan tiada nikmat rezeki untuk kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik.
Jangan-jangan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan-jangan doa yang tak elok mereka pada kita termakbul pula.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan-jangan kita buta mata hati, tak nampak hakikat yang nyata.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)
SUMBER MAKLUMAT :## kredit to ILuvIslam.com

Tuesday, November 22, 2011

Rahsia As- solat

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). 
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ). 

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. 

Rahsia 13 
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…… 


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


Sumber : Internet

30 Kunci Kejayaan dalam Kehidupan Muslim

 dihitungkan dan sedaril1. Bertaqwa kepada ALLAH SWT.

2. Memenuhi hati dengan perassan cinta kepada Rasulullah SAW.

3. Mendahulukan cinta pada diri anda daripada cinta kepada orang lain.

4. Jangan menangis di atas apa yang telah berlalu.

5. Sentiasa optimis dalam kehidupan.

6. Luangkan masa bersama orang lain.

7. Jangan lupa kebaikan orang yang telah membentuk kebaikan kamu.

8. Jadikanlah diri kamu orang yang kemas janji dengan ALLAH dan tidak menipu diri sendiri.

9. Jangan membiarkan kejayaan membentuk sifat bangga diri.

10. Jika kamu berjaya dalam sesuatu perkara, jangan kamu menyakiti pihak yang kalah.

11. Jangan himpun sifat rendah diri dengan menghina diri serta jadikanlah orang yang soleh sebagai idola.

12. Jangan berkelahi dengan orang lain kerana perbalahan menghancurkan persahabatan.

13. Memberi maaf di atas kesalahan orang lain terhadap kamu.

14. Berjasalah kepada orang lain dengan buah fikiran kamu, harta kamu dan tenaga kamu.

15. Jadikan kegagalan sebagai satu pengajaran

16. Pujilah kepada ALLAH SWT di atas segala pemberianNya.

17. Jangan lupa memohon keampunan dan kesejahteraan daripada ALLAH SWT setiap hari.

18. Pohonlah daripada ALLAH SWT ilmu yang memberi manfaat dan rezeki yang melimpah ruah kerana ilmu adalah segala kunci sesuatu.

19. Berusahalah membantu dan membahagiakan orang di sekeliling kamu.

20. Ingatlah jasa mereka yang telah berjasa dan membantu kamu ketika menghadapi musibah serta ujian ALLAH SWT.

21. Cubalah ingat nama mereka yang telah mengkhianati kamu dan pohonlah keampunan ALLAH SWT untuknya.

22. Bantulah mereka yang lemah sehingga mereka mampu menempuhi ujian dan dugaan tanpa bantuan kamu.

23. Jika seseorang menghadapi ujian dan penderitaan, hendaklah kamu tetap bersamanya sehingga ujian dan penderitaan tersebut lenyap.

24. Jangan kamu menyusahkan orang yang berhutang dengan kamu, kerana meringankan hutang akan memberi peluang kejayaan kepada kamu suatu hari nanti.

25. Jika kamu mencapai ketinggian, jangan kamu jadikan ketinggian itu penyebab kemusnahan hidup kamu.

26. Jangan kamu mencari keaiban orang lain.

27. Jangan kamu tanamkan sifat putus asa dalam diri kamu.

28. Yakinlah dengan kebaikan yang kamu lakukan dengan penuh kasih sayang, janganlah kamu menjadi penghalang kepada kebaikan orang lain.

29. Ingatlah orang mukmin mampu berpuasa atau berlapar, mampu menghadapi dugaan dan mampu hidup dalam kesusahan.
30. Hitunglah diri kamu sebelum kamuah tatkala kematian sedang menghampiri kamu.


Sumber : Internet

25 Nama Nabi Dan Rasul

25 Nama Nabi dan Rasul yang Wajib Kita Ketahui - Agama Islam Dalam agama islam terdapat 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat spanjang masa, yaitu :

1. Adam AS.
2. Idris AS.
3. Nuh AS.
4. Hud AS.
5. Soleh AS.
6. Ibrahim AS.
7. Luth AS.
8. Ismail AS.
9. Ishak AS.
10. Yakub AS.
11. Yusuf AS.
12. Ayub AS.
13. Sueb AS.
14. Musa AS.
15. Harun AS.
16. Zulkifli AS.
17. Daud AS.
18. Sulaiman AS.
19. Ilyas AS.
20. Ilyasa AS.
21. Yunus AS.
22. Zakaria AS.
23. Yahya AS.
24. Isa AS.
25. Muhammad SAW.

Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi atau nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya : 1. Nuh AS. 2. Ibrahim AS. 3. Musa AS. 4. Isa AS. 5. Muhammad SAW



Sumber : Internet

Monday, November 21, 2011

Couple Adalah Haram?

Couple adalah Haram? Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..

Cuba renungkan ini:

1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati) yg haram tetap haram…
Sumber Rujukan : Internet

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dlm Quran

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!! Mari Kita Cuba... .!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar... 

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala.


Sumber : Internet

Adakah Dia Masih Isteriku Di Akhirat Kelak

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:”Tiada si bujang di dalam syurga”
~ (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak b’kahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

Sumber : Internet 

Siapa Yang Menggunakan Perkataan "Salam"? Apakah Maksud Disebaliknya?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).

baik gunakan..ASSALAMULAIKUM @ ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH..

Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh". Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan "Assalamualaikum" dan jawab salam "Waalaikumusasalam warahmatullahiwabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah:

"WAALAIKUMUSSALAM" dan bukannya "WAALAIKUMSALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain hendaklah kita berkata "kirim salam, assalamulaikum pada Siti Aishah ye" - contohnya dan bukannya "kirim salam kat Siti Aishah ye" dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "ko tolong kirim salam maut kat dia ye"

Penyataan ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan. Selain itu janganlah kita menggantikan ucapan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita gantikan dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".

Sesamalah kita memberitau member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms atau pun emel. Perkataan A K U M adalah gelaran untuk orang-orang yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud BINATANG dalam bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan "Avde Kokhavim U Mazzalot" yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT".

Jadi mulai sekarang, jika ada orang hantar shortform "A'kum" kita ingatkan dia guna "As Salam".

Jangan guna "Bye" kerana "Bye" adalah jarum suntik kristian yang bermaksud "Di bawah naungan pope", jangan guna "a'kum" kerana "a'kum" bermaksud "binatang" dalam bahasa Yahudi. Jangan guna "semekom" kerana "semekom" bermaksud "celaka kamu". Gunakan perkataan "As Salam" sebagai singkatan bagi "Assalamulaikum".

Sekian, semoga ada manfaatnya.


Sumber : Internet

Calon-calon Isteri Neraka

Isteri Calon Neraka

-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan olih suami
-Tidak menghurmati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati olih siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain


Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.
Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?
“. Beliau menjawab  ldquo; Karena kekufuran mereka “.
Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.
Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “
Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…
Sumber Oleh: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Terjemahan Doa Solat-Solat Sunat

Di sini saya ingin berkongsi doa solat-solat sunat di dalam Bahasa Melayu untuk panduan kita semua. Sejujurnya, saya lebih suka membacakan doa ini dalam bahasa kita sendiri kerana mudah difahami dan kita tahu apa maksud disebalik sesebuah doa itu. Bila kita memahami maksudnya, saya merasakan diri saya semakin dekat denganNya. Bukanlah saya menidakkan kemampuan Bahasa Arab kerana itu sememangnya bahasa Al Quran dan dalam solat pun kita membacanya.

1. Doa Solat Sunat Dhuha
Ya Allah! Sesungguhnya waktu dhuha, dhuhaMu, cahayanya cahayaMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah! Jika ada rezekiku di langit maka turunkanlah, dan jika ada rezekiku di bumi maka keluarkanlah, dan jika ianya sukar maka permudahkanlah, jika ianya haram maka bersihkanlah, dan jika ianya jauh maka perdekatkanlah, dan jika ia dekat maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu. Berilah kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh, dan Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, kaum keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.

2. Doa Solat Sunat Tahajud
Ya Allah! BagiMu segala puji, Engkau penegak langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya. BagiMu segala puji, bagiMu kekuasaan di langit dan di bumi, alam semesta dan segala isinya. BagiMu segala puji pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMu segala puji, Engkaulah yang benar dan janjiMu benar, bertemu denganmu adalah benar, firmanMu benar. Syurga adalah benar dan neraka Allah benar dan semua Nabi itu adalah benar. Nabi Muhammad s.a.w adalah benar dan kiamat itu adalah benar.
Ya Allah! KepadaMu aku berserah diri, kepada Engkau aku beriman, kepada Engkau aku bertawakal, kepada Engkau aku kembali dan kepadaMu aku berhukum. Ampunilah aku atas kesalahan yang sudah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan atau yang aku nyatakan, dan apa sahaja yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah.

3. Doa Solat Sunat Istikharah
Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dariMu, dengan ilmuMu, aku meminta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu. Aku meminta dariMu dari kelebihanMu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib.
Ya Allah! Jika Engkau mengetahui bahawa *perkara ini baik untukku, pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa *perkara ini tidak baik untukku , pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada, sesungguhnya hanya Engkau yang berkuasa di atas segala sesuatu dan daku meredhainya.
*Perkara yang ingin dipohon itu boleh juga dinyatakan secara terperinci

4. Doa Solat Sunat Hajat
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan dari kejahatan, memperoleh syurga dan selamat dari api neraka.
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir dan batinku, dan tidak satu urusan pun dari urusanku yang tersembunyi olehMu, dan aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang meminta pertolongan dan yang mohon bantuan, hamba yang penakut, yang minta dikasihani yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.
Ya Allah! Aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin, dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya orang berdosa yang amat hina. Aku mohon kepadaMu, seperti orang penakut lagi pula buta, juga seperti berdoanya orang yang menundukkan jiwanya, merendahkan raganya dan wajah serta hidungnya kepadaMu.

Semoga perkongsian saya yang tidak seberapa ini menjadi panduan untuk anda semua.

Kita boleh berdoa apa sahaja yang kita nak kepadaNya, tapi Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita. Janganlah kita mengeluh seandainya doa kita tidak dimakbulkan dan bersangka baik lah padaNya.

Akhir kalam, maafkan saya kalau coretan saya ini hanya menggunakan bahasa yang simple & ada mengguris hati mana-mana pihak, saya hanyalah insan yang khilaf disisiNya


Sumber : Internet