Total Pageviews

Monday, March 19, 2012

Doktor Neurologi Masuk Islam Sebab Kaji Saraf Dalam Otak

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki
 end typing
oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

sumber : 

Wednesday, January 4, 2012

Makam-Makam Nafsu

Tuan-tuan sila check list di mana kedudukan nafsu kita. 

1. AMMARAH. 
i) Bakhil atau kedekut. 
ii) Tamak dan loba kepada harta benda. 
iii) Berlagak sombong dan takabbur. 
iv) suka bermegah megah dan bermewah mewah. 
v) Ingin namanya terkenal dan masyur. 
vi) Hasad dengki. 
vii) Berniat jahat dan khianat. 
viii) Lupa kepada Allah swt. 
ix) Dan lain lain sifat tercela. 

2. LAWWAMAH. 
i) Menyesali kesalahan diri atau menyesal berbuat kejahatan. 
ii) Timbul perasaan takut kalau bersalah. 
iii) Kritis terhadap apa yang dinamakan kejahatan. 
iv) Hairan kepada diri sendiri, mengira dirinya lebih baik dari orang lain (ujub). 
vi) Memperbuat sesuatu kebaikan agar dilihat dan dikagumi orang (riak). 
vii) Menceritakan kebaikan yang telah diperbuatnya supaya mendapat pujian orang (sam'ah). 
viii) Dan lain lain sifat tercela. 

3. MULHAMMAH. 
i) Tidak menyayangi harta benda (pemurah) 
ii) Merasa cukup dengan apa yang ada(qana'ah) 
iii) Mempunyai ilmu ladunni,yakni ilmu yang didapati dari ilham. 
iv) Timbul perasaan merendah diri pada Allah (tadharuk) 
v) Taubat, memohon ampun pada Allah dari dosa yang telah dikerjakan. 
vi) Sabar dalam segala hal yang menimpa. 
vii) Tenang menghadapi segala kesulitan. 
vii) Dan lain lain sifat terpuji. 

4. MUTHMAINNAH. 
i) Pemurah dan selalu tidak punya wang ditangan kerana suka bersedekah. 
ii) Menyerahkan diri pada Allah(Bertawakkal). 
iii) Bersifat arif dan bijaksana. 
iv) Kuat beramal dan kekal mengerjakan ibadat. 
v) Mensyukuri nikmat yang diperolehi dengan membesarkan Allah. 
vi) Menerima dengan rasa puas apa yang dianugerahkan Allah(redha menerima qada dan qadar) 
vii) Takwa kepada Alllah(takwallah) 
viii) Dan lain lain sifat mulia. 

5.RADHIYAH. 
i) Zuhud dari dunia. 
ii) Ihklas kerana Allah. 
iii) Warak dalam ibadat. 
iv) Meninggalkan sesuatu yang bukan pekerjaannya. 
v) Menunaikan dan menetapkan hukum hukum Allah. 
vi) Dan lain lain perangai terpuji dan mulia. 

6.MARDHIYAH. 
i) Baik budi pekertinya seperti akhlak Nabi Nabi. 
ii) Ramah tamah dengan pergaulan dengan masyarakat sebagaimana perangai para nabi. 
iii) Sentiasa merasa berdamping dengan Allah. 
iv) Selalu berfikir pada kebesaran Allah. 
v) Redha dengan apa saja pemberian Allah. 
v) Dan lain lain budi pekerti yang luhur dan terpuji. 

7.KAMILAH. 
Cantuman semua sifat sifat terpuji dari lawammah ke mardhiyah. 
Wallahu'alam, semoga bermanfaat.


Sumber rujukan internet